Thursday 14 January 2016 1 comments

Perlukah Tawakkal?

فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." - AtTaubah, 129


Dalam kitab tafsir fizilalul quran, Syed Qutb menyebut dalam ayat ini Rasulullah diperintahkan untuk bertawakkal kepada Allah, dan bergantung kepada Allah semata-mata apabila pihak-pihak yang lain enggan membantunya, kerana Allah adalah sebaik-baik Pelindung dan Pembantu.
 

Tawakkal adalah wajib keatas setiap daripada kita yang bergelar muslim. Ia merupakan perkara asas yang berkait rapat dengan soal keimanan. Sejauh mana kita mengenal Tuhan, sedalam itulah tawakkal yang bakal diterjemahkan oleh hati dan amal.


Sesiapapun mampu mengungkapkan kalimah ini saat temannya ditimpa musibah. Ringan sekali lidah menyebut tawakkal, sabar, redha.


Namun, saat sebenarnya yang bakal menguji setiap diri daripada kita apabila ditimpakan ujian dan musibah yang tidak terjangkakan oleh kita. Ketika itulah tawakkal yang sebenarnya, pergantungan yang teguh dan tidak berganjak sedikitpun keimanannya, amat kita harapkan.


Oleh kerana itu, untuk mencapai tawakkal yang jitu dan teguh perlu kepada ilmu dan penghayatan dalam mengenal Allah, nama-nama dan sifat-sifat Nya.


Justeru dapatlah kita satu keyakinan akan Tuhan Pemilik segala sesuatu, kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, dan segala perkara yang kita harapkan di dunia adalah milik-Nya,


Jangan dilupa, Dia juga yang menimpakan segala ujian, bala, bencana, musibah, dan segala perkara yang secara zahirnya dipandang manusia perkara yang patut dijauhkan. Namun tersembunyi dalam setiap perkara tersebut hikmah-hikmah yang kadangkala tidak tercapai oleh akal manusia.


Ketahuilah, Dia juga Tuhan Yang Maha Penyayang, Pengasih dan Pemurah kepada hamba Nya. Mustahil bagi Allah menimpakan kesusahan ke atas manusia atas dasar benci, melainkan kerana kasihankan hambaNya.
 

Tinggal lagi kita yang jarang sekali dapat memahami dan menyambut baik kasih dari Tuhan.


الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

... dan katakanlah, cukup Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik pergantungan - Ali Imran, 173


Wallahu a'lam.
Wednesday 25 May 2011 0 comments

Hati : Raja dalam diri

HATI yang sakit perlu diubati..
 
;